Langkau ke kandungan utama

MBPG bersama-sama dengan agensi UTC Pasir Gudang tidak ketinggalan untuk menzahirkan rasa cinta tersebut dengan anjuran Kempen Kibar Jalur Gemilang. Program yang dilaksanakan tepat jam 9:30 pagi, 16 Ogos 2022 itu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Asman Shah Bin Abd Rahman, Datuk Bandar Pasir Gudang serta diiringgi oleh Yang Berbahagia Dato Haji Mohd Amin Bin Ahmad, Ketua Whip Ahli Majlis MBPG.

'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

Program tersebut juga telah menyaksikan penyerahan Jalur Gemilang daripada Datuk Majlis Bandaraya Pasir Gudang kepada ketua-ketua agensi UTC Pasir Gudang sebagai simbolik bermulanya kempen kibar Jalur Gemilang.

Antara acara lain yang berlangsung pada kempen tersebut adalah seperti nyanyian lagu Jalur Gemilang dan gimik melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan rasmi MBPG.

Semoga dengan kempen yang dianjurkan seperti ini dapat menyemarakkan lagi semangat cinta dan sayang kepada negara kita, MALAYSIA

 

#majlisbandarayapasirgduang

#dynamicpasirgudang

#keluargamalaysiateguhbersama

img