MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG
JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta`zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Bandaraya Pasir Gudang:-
1. PEGAWAI TADBIR N41 (TETAP / KONTRAK)
CARA MEMBUAT PERMOHONAN :
- Permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan Kosong Majlis Bandaraya pasir Gudang dengan muat turun secara percuma di www.mbpg.gov.my.
- Semua permohonan hendaklah disertakan :-
- Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Lahir
- Salinan Sijil-Sijil Akademik
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah
- Salinan Lesen Memandu
- Gambar warna berukuran passport
- Salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA melalui laman web interaktif www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm(Sijil/Diploma/Ijazah); dan
- Surat/dokumen-dokumen berkaitan jika ada, Serta dialamatkan kepada;
DATUK BANDAR PASIR GUDANG
MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG
ARAS 19, MENARA AQABAH
81700 PASIR GUDANG, JOHOR
(U.P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN :15 JULAI 2021
- Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan 3 laporan penilaian prestasi tahunan yang terakhir sepertimana mengikut peraturan 18 Tahun 2012 dibawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat, dan penamatan Perkhidmatan) yang perlu di bawa semasa temuduga.
- Hanya calon yang layak untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Permohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap hendaklah menganggap permohonan mereka Berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.
- Calon hendaklah menduduki ujian psikologi yang telah ditetapkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Bahagian Sumber Manusia bagi saringan psikologi.
PERMOHONAN YANG AKAN DITOLAK:
- Borang permohonan yang tidak lengkap dan tidak ditandatangani
- Borang yang tidak disertakan dokumen yang lengkap
- Tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan bagi kakitangan Kerajaan
- Borang yang diterima selepas tarikh tutup iklan
- Pemohon tidak memenuhi/ tidak menepati syarat-syarat lantikan jawatan yang diiklankan
- Tidak menyatakan gambar passport berwarna