Selaras dengan hasrat kerajaan di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi iaitu ke arah peningkatan pendapatan dan pengurangan kos sara hidup penduduk.
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui Jabatan Pertanian Malaysia di bawah Pakej Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan memanfaatkan 800 komuniti dan 12,000 penyertaan individu baharu dalam program pertanian bandar.
Program seumpama ini, mampu menyokong usaha kerajaan dalam menjamin kualiti dan sekuriti makanan negara. Sehubungan itu, borang permohonan Program Pertanian Bandar ini boleh didapati di laman web Jabatan Pertanian http://www.doa.gov.my/index.php/pages/view/655?mid=139
Tarikh tutup permohonan 31 Julai 2020.