16 Mac 2025, Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang bersama Tuan Haji Mohd Norlisam bin Mohd Nordin, Pengurus Besar Korporat SWM Environment dan Yang Berbahagia Datin Masrita binti Masnun, Pengerusi Puspanita MBPG telah menyantuni golongan asnaf di Jalan Pulasan dan Jalan Delima, Taman Kota Masai.
Pihak SWM Environment telah menyumbangkan sebanyak 50 kotak bakul makanan kepada golongan asnaf.
Program ini bertujuan untuk meringankan beban mereka yang memerlukan, khususnya dalam menghadapi bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Semoga usaha ini dapat membawa kegembiraan dan memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan, serta memperkukuhkan semangat kemasyarakatan dalam komuniti Pasir Gudang.
