16 Februari 2025, Kemeriahan Festival Layang-Layang Sedunia 2025 diserikan dengan Pertandingan Mewarna Canting Batik Wau Merak, di mana kreativiti bertemu dengan seni tradisi. Seramai 100 peserta berumur 7 tahun dan ke atas mengambil bahagian, mempamerkan bakat dan sentuhan seni yang luar biasa.
Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang dengan diiringi oleh Datin Masrita binti Masnun, Pengerusi PUSPANITA MBPG.
Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada para peserta yang telah menunjukkan bakat serta kreativiti yang luar biasa. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan manis buat semua. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan majlis ini. Jumpa lagi pada acara akan datang.
