Langkau ke kandungan utama

26/12/2021 | Datuk Bandar Pasir Gudang, Dato’ Asman Shah Abd Rahman hari ini telah memenuhi jadual beliau dengan membuat tinjauan dan melawat tapak ke beberapa kawasan di bawah pentadbiran MBPG.

Kali ini beliau sendiri bersama dengan beberapa pegawai telah menaiki motosikal berkuasa rendah bagi merasai sendiri bagaimana situasi keadaan jalan-jalan yang dikatakan tidak menepati tahap piawaian penyelenggaraan sehingga menimbulkan banyak masalah kepada pengguna jalanraya.

Beliau amat prihatin dan mengambil berat berkaitan isu tersebut ekoran dan susulan komen yang diterima serta maklumbalas pengguna yang dilontarkan melalui media sosial rasmi MBPG baru-baru ini.

Di mohon agar masyarakat Bandaraya Pasir Gudang juga tidak membuang sampah merata-rata ataupun dikawasan yang tidak sepatutnya kerana kini terdapat banyak kawasan sampah haram.

Datuk Bandar juga meminta kepada semua pihak sentiasa berada dalam keadaan bersiapsiaga berikutan fenomena cuaca yang tidak menentu pada masa ini sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagi tujuan keselamatan orang awam juga adalah diminta untuk sentiasa mematuhi arahan keselamatan dan nasihat daripada pihak kerajaan dari semasa kesemasa.

img