23 Julai 2025 – Seramai 20 orang pelajar cemerlang termasuk pelajar daripada komuniti Orang Asal menerima sumbangan peranti tablet dalam satu majlis yang berlangsung di SMK Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang, sebagai salah satu inisiatif merapatkan jurang digital serta menyokong kecemerlangan akademik pelajar, khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah dan komuniti luar bandar.
Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha murni ini demi masa depan generasi Johor dan anak-anak Malaysia yang lebih cemerlang dan berdaya saing.
