14 Oktober 2024, SME ESG Start Symposium (Johor) 2024 anjuran UN Global Compact Network Malaysia Dan Brunei (UNGCMYB) dengan Kerjasama MBPG telah diadakan di Hotel Renaissance, Johor Bahru hari ini.
Penganjuran simposium menekankan peranan penting PKS dalam peralihan Malaysia ke arah ekonomi yang mampan melalui sesi libat urus dan perbincangan yang dikendalikan oleh penceramah jemputan.
Ucaptama telah disampaikan oleh YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang. Peserta simposium terdiri dari pemain-pemain industri, para peniaga kecil dan sederhana, serta wakil Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi kerajaan.