Langkau ke kandungan utama

4 Februari 2025, sedang berlangsung Sesi Undian Tapak Bazar Ramadan Tahun 2025 bertempat di Dewan Serbaguna Taman Mawar. Proses undian ini diadakan bagi menentukan lokasi tapak perniagaan bagi para peniaga untuk menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadan nanti.

Sesi undian ini adalah sebahagian daripada usaha MBPG untuk memastikan proses penetapan tapak bazar dilakukan secara telus dan adil bagi semua peniaga. Kehadiran para peniaga amat dialu-alukan bagi memastikan kelancaran proses undian dan pemilihan tapak perniagaan mereka.

Para peniaga yang telah berjaya mendapatkan tapak diingatkan untuk mematuhi segala peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak MBPG demi memastikan perjalanan bazar Ramadan berjalan dengan lancar dan teratur.

Sebarang pertanyaan mengenai sesi undian ini boleh diajukan kepada Jabatan Pengurusan Harta dan Komersial MBPG melalui talian 07-255 6923 / 07-255 6921

Semoga sesi undian ini berjalan dengan lancar dan memberikan peluang terbaik kepada para peniaga untuk meraih rezeki sepanjang bulan Ramadan yang mulia. Terima kasih kepada semua yang hadir dan selamat menjalankan perniagaan.

UNDIAN BAZAR RAMADAN 2025