4 NOVEMBER 2024, Sesi Teach-in dan bengkel proses lelongan pegangan bertunggakan cukai harta di Bawah Seksyen 151 Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah dianjurkan di Hotel Renaissance, Johor Bharu. Sesi perkongsian ilmu ini telah dirasmikan oleh Puan Nurul Ashikin Binti A. Jabar, Setiausaha MBPG.
Sesi perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh SR. Tuan Jamiri Bin Haji Sainan, Ketua Jabatan Penilaian & Pengurusan Hartanah Majlis Perbandaran Bentong dan Puan Zuhara Binti Ismail, Ketua Bahagian Undang-undang Majlis Perbandaran Bentong. Taklimat ini bertujuan untuk memberi perkongsian berkaitan proses dan tatacara lelongan pegangan yang telah dilaksanakan oleh MPB kepada MBPG dan juga membawa kepada perbincangan dalam merangka proses kerja lelongan ke atas pegangan bertunggakan sepertimana Seksyen 151 Akta Kerajaan Tempatan 1976 di peringkat MBPG.