Langkau ke kandungan utama

13 Januari 2025, MBPG dengan sukacitanya mengumumkan bahawa sesi pengesahan penyertaan dan pembayaran bagi tapak Bazar Ramadan 2025 untuk tapak penjaja berpusat akan diadakan pada :

Tarikh: 13 hingga 16 Januari 2025
Hari: Isnin hingga Khamis
Masa: 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Dewan Besar, Aras 3, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang
 

Para penjaja berpusat yang berminat untuk mendapatkan tapak Bazar Ramadan 2025 diminta untuk hadir dalam sesi ini bagi mengesahkan penyertaan dan membuat pembayaran bagi tapak yang dipohon. Kehadiran adalah wajib bagi memastikan kelancaran proses pengurusan dan persiapan Bazar Ramadan yang bakal berlangsung.

Diharapkan semua penjaja dapat mematuhi waktu dan tempat yang telah ditetapkan bagi memudahkan urusan. Terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

SEWA TAPAK BAZAR 2025 THUMBNAIL