Langkau ke kandungan utama

30 Jun 2024, Program MHB River Rehabilitation bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Petronas ke-50 tahun telah diadakan di Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE West Yard) & Laman Rekreasi Sungai Buluh, Pasir Gudang, Johor Bahru.

Program tersebut telah dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Yang Berbahagia, Encik Mohd Fahmy Yahya, Pentadbir Tanah Johor merangkap wakil rasmi Datuk Bandar Pasir Gudang dan Pegawai Daerah Johor Bahru serta Yang Berusaha, Tuan Haji Abdul Malek bin Mohamed, Timbalan Setiausaha, Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan delegasi yang lain. Program MHB River Rehabilitation merupakan kolaborasi strategik di antara MHB, MBPG dan UTM dengan matlamat untuk memulihara dan meningkatkan tahap kualiti air di Sungai Buluh sekaligus memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga dan memelihara alam sekitar di kalangan komuniti setempat.