6 Disember 2025, Sesi Ramah Mesra Komuniti Bersama Datuk Bandar Pasir Gudang telah Berlangsung hari ini di Dewan Serbaguna TMIYC Pasir Gudang, yang menghimpunkan warga Pasir Gudang bersama Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang.
Dalam ucapan beliau, Datuk Bandar menekankan bahawa program ini merupakan medan interaksi dua hala antara MBPG dan komuniti platform untuk berkongsi maklumat pembangunan, memperlihatkan hala tuju bandar raya, serta menjelaskan langkah-langkah yang sedang dan akan dilaksanakan demi kepentingan bersama.
Beliau turut menghargai komitmen warga Pasir Gudang, pemimpin komuniti, rakan strategik dan agensi-agensi yang sentiasa bersama MBPG dalam memastikan kesejahteraan dan pembangunan bandar raya terus dipertingkatkan.
Program dimulakan dengan taklimat pencapaian dan pembangunan MBPG bagi tahun 2025. Seterusnya sesi dialog Datuk Bandar bersama komuniti yang dijadikan sebagai sebuah platform bagi libat urus secara langsung dengan warga Pasir Gudang.
Program turut diisi dengan:
• Penyampaian Anugerah JMB & MC Cemerlang Skim Pemajuan Strata 2024/2025
• Penyampaian Anugerah Khas (Jabatan Kerajaan Teraktif, NGO/Agensi Swasta Prihatin & Individu Teraktif)
• Taklimat Pengurusan Aduan MBPG
• Taklimat Kesedaran Undang-undang
• Taklimat Keselamatan oleh Petronas Gas Berhad
Datuk Bandar berharap program ini dapat memperkukuh semangat kebersamaan, memperluas persefahaman serta membuka lebih banyak ruang kerjasama antara MBPG dan komuniti Pasir Gudang. MBPG kekal komited menerajui pembangunan dan kesejahteraan bandar raya dengan sokongan padu seluruh masyarakat.