Langkau ke kandungan utama

18 Oktober 2024, Bersempena Hari Alam Sekitar Malaysia, Dialog Terminals Langsat (1) Sdn Bhd dengan kerjasama Reef Check Malaysia telah menganjurkan Program Pemuliharaan Rumput Laut di kawasan Tg Kopok, Pasir Gudang. Program ini bertujuan mengkaji kesan industri Pasir Gudang kepada ekosistem tumbuhan rumpat laut di kawasan perairan Tg Kopok Pasir Gudang. Program turut dihadiri delegasi daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor yang diketuai oleh Tuan Pengarah, Dr Mohd Famey bin Yusoff serta delegasi daripada Majlis Bandaraya Pasir Gudang yang diketuai oleh Ketua Bahagian Alam Sekitar dan wakil nelayan Kg Perigi Acheh.

Beberapa cadangan telah dilontarkan untuk tindakan bersama oleh agensi-agensi yang berkaitan. Eksplorasi ini turut menemukan 7 spesis rumput laut, spesis kerangan serta hidupan marin lain. Diharapkan program seumpama ini mendapat sokongan daripada agensi-agensi berhampiran pada masa akan datang.