21 Julai 2025, MBPG telah menganjurkan Program Mesra Industri (PMI) pada hari ini bertempat di Ballroom Cempaka Jingga, Menara Aqabah MBPG yang menjadi platform libat urus strategik antara pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan dan para pemain industri bagi memperkukuh kolaborasi ke arah pembangunan bandar raya yang lebih inklusif dan mampan.
Program ini turut diserikan dengan lawatan ke booth pameran seperti Pasir Gudang Talent dan Publisiti RKK Cahaya Baru serta sesi pembentangan jabatan berkaitan pembangunan bandar.
Turut diadakan sesi Town Hall Mesra Industri yang memberi ruang perbincangan dua hala secara telus dan konstruktif dalam menyelaras pandangan serta mencari solusi kepada cabaran bersama.
MBPG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini.
