12 Mac 2023 : Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) melalui Bahagian Pembangunan Masyarakat telah menganjurkan program Gotong Royong Perdana Tanah Perkuburan Islam Pasir Gudang bagi tahun 2023 bertempat di Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah dan tanah perkuburan Islam lainnya di kawasan pentadbiran MBPG bersempena menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Program yang bermula pada jam 8.00 pagi ini telah dimulakan dengan bacaan doa dan tahlil arwah yang dipimpin oleh Encik Muhammad Amirul Ashraf Bin Md Saat. Program ini telah disertai oleh seramai 120 orang sukarelawan dari pelbagai agensi iaitu Persatuan PG Care, Jawatankuasa Masjid Kampung Pasir Gudang Baru, pelajar-pelajar dari Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasi Gudang, UniKL Mitec Pasir Gudang, anggota pekerja Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Unit Tindakan Khas MBPG. Tumpuan kerja gotong royong adalah membersihkan di sekitar kawasan tapak perkuburan lama.
Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang prihatin terhadap kepentingan komuniti dan kebajikan, matlamat penganjuran program ini adalah sebagai salah satu usaha bagi melahirkan rasa tanggungjawab serta kesedaran komuniti setempat dalam menjaga kebersihan dan keindahan kawasan tanah perkuburan. Selain itu aktiviti ini merupakan aktiviti kerohanian dan jasmani yang memberikan manfaat kepada komuniti sendiri.
Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan tamat pada jam 11.30 tengahari. MBPG merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh para sukarelawan yang telah turut serta.
#bandarrayaindustridanpelabuhan