22 Julai 2025, MBPG dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Johor Bahru telah menganjurkan Program Dialog Keselamatan dan Kesejahteraan Bersama Masyarakat Pasir Gudang sebagai platform libat urus strategik antara pihak berkuasa tempatan, agensi penguat kuasa dan masyarakat setempat pada hari ini bertempat di Ballroom Cempaka Jingga, Menara Aqabah MBPG
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Nurul Ashikin binti Haji A. Jabar, Setiausaha MBPG selaku wakil rasmi YB Datuk Bandar Pasir Gudang dan turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Faisal bin Maksom, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Johor Bahru.
Turut hadir memeriahkan program ialah Ahli-Ahli Majlis MBPG serta Jawatankuasa Penduduk Zon (JKPZ) dari 24 zon seluruh Pasir Gudang.
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Semoga usaha bersepadu ini terus menyumbang ke arah bandar raya yang lebih selamat, sejahtera dan harmoni.
