7 Januari 2025, Program Community Policing dan Walk About di UTC Pasir Gudang telah berlangsung pada hari ini. YDH CP Datuk M. Kumar a/l S. Muthuvelu, Ketua Polis Johor, dengan diiringi Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang, berkesempatan beramah mesra dengan kakitangan dan masyarakat di UTC Pasir Gudang.
Program Community Policing dan Walk About merupakan pendekatan proaktif yang bertujuan meningkatkan keselamatan komuniti serta mengeratkan hubungan antara pihak berkuasa, khususnya polis, dengan masyarakat setempat.