22 Februari 2025, JKPZ Zon Mawar dan COMBI Mawar dengan kerjasama MBPG telah menganjurkan Program Zon Mawar Bersih sebagai langkah proaktif dalam usaha membasmi pembiakan nyamuk Aedes dan mencegah penularan wabak denggi di kawasan ini.
28 Jun 2025, acara Plogging sempena Hari Landskap Negara 2025 telah berlangsung dengan jayanya pagi ini, melibatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat yang prihatin terhadap kelestarian alam sekitar.
Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik sebagai pemanas badan sebelum para peserta memulakan larian sejauh 5KM dari Laman Kraf sehingga ke Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Pasir Gudang sambil mengutip sampah di sepanjang laluan sebagai simbolik kepada komitmen menjaga kebersihan dan keindahan bandar raya.
Bagi melayakkan diri menyertai cabutan bertuah, peserta turut diberikan beberapa tugasan menarik iaitu aktiviti kutipan sampah, pembuatan mudball serta penanaman pokok. Ketiga-tiga tugasan ini bertujuan memupuk kesedaran tentang pemeliharaan alam sekitar melalui pendekatan yang interaktif dan menyeronokkan.
Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang, turut berbesar hati menyampaikan hadiah cabutan bertuah istimewa kepada peserta bertuah iaitu:
● Pakej Umrah suami & isteri atau wang tunai RM12,000.00 bagi peserta bukan Islam
● Pakej Umrah seorang atau wang tunai RM6,000.00 bagi peserta bukan Islam
Selain itu, Anugerah Khas Datuk Bandar turut diperkenalkan bagi penyertaan bersama ahli keluarga teramai, dengan hadiah bernilai tidak kurang daripada RM10,000.00.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa artis jemputan yang bersama-sama menyokong inisiatif gaya hidup sihat dan cintakan alam sekitar ini.
Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat komuniti dan cinta alam, malah turut menyumbang kepada gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga Pasir Gudang.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah menjayakan aktiviti ini dengan penuh semangat dan kesedaran sivik.
Orang ramai dijemput untuk terus hadir memeriahkan sambutan Hari Landskap Negara 2025 yang masih berlangsung sehingga 30 Jun 2025.
