Langkau ke kandungan utama

22 Oktober 2024, MBPG telah menerima Penganugerahan Khas Juri Reka Bentuk Laman Sesawang Terbaik PBT Negeri Johor oleh panel penilai dari Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan. Majlis penerimaan anugerah telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang.

Penganugerahan ini bersempena dengan Anugerah Citra Bahasa Laman Sesawang PBT Negeri Johor yang memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu yang baik dalam laman sesawang PBT masing-masing. MBPG mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung dalam membangunkan laman sesawang MBPG.