Langkau ke kandungan utama

7 Julai 2025, Audit Pensijilan Semula / Peringkat Kedua Tahunan bagi ISO 9001:2015, ISO 14001:2015, ISO 45001:2018 dan ISO 37001:2016 secara rasminya bermula hari ini sehingga 11 Julai 2025 oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Majlis Bandaraya Pasir Gudang beriltizam secara berterusan dalam memperkukuh sistem pengurusan yang dinamik, berkesan dan berteraskan integriti sentiasa diperkasa demi kecemerlangan perkhidmatan terbaikkepada warga bandar raya serta kepuasan pelanggan.

Mesyuarat pembukaan audit telah dihadiri oleh Yang Berbahagia, Encik Muhamad Syazwan Bin Mohd Ghazali, Ketua Juruaudit, SIRIM QAS International Sdn. Bhd, Yang Berusaha Puan Nurul Ashikin Binti Haji A.Jabar, Setiausaha, MBPG dan Yang Berusaha, Tuan Haji Norahman Bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha, MBPG.

Semoga proses pengauditan Pensijilan Semula / Peringkat Kedua Tahunan bagi ISO 9001:2015, ISO 14001:2015, ISO 45001:2018 dan ISO 37001:2016 dapat berjalan dengan lancar. MBPG mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga kerja yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memudah cara proses pengauditan.

AUDIT IMS THUMBNAIL