(12/12/2020) Lawatan Tapak di Tapak Pembinaan Hospital Pasir Gudang bersama kontraktor yang dilantik untuk pembangunan Hospital Pasir Gudang. Turut Hadir sama YB Adun Permas. Hospital Pasir Gudang di jangka siap sepenuhnya pada Oktober 2024 ini akan dilengkapi dengan kemudahan berikut :
1. 304 katil
2. 8 bilik bedah
3. Rawatan pesakit luar (65 bilik konsultasi)
4. Pusat Rawatan Harian
5. 30 kerusi Dialisis
6. Farmasi Pandu Lalu
7. 16 bilik bersalin
8. 34 kuarters Jururawat
9. Hampir 1000 ruang parkir
Pembangunan Hospital Pasir Gudang telah bermula pada September 2020. Semoga dengan pembinaan Hospital ini dapat memberi kemudahan perubatan kepada semua penduduk di Bandaraya Pasir Gudang.