23/12/2021 | Menjunjung Titah DYAM Tunku Mahkota Johor bagi membantu dan membersih kawasan yang terjejas akibat bencana banjir di Selangor.
Hari Pertama Southern Volunteers Pasir Gudang bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) melaksanakan kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terjejeas akibat bencana banjir yang melanda di negeri Selangor pada tempoh hari.
Seramai 40 orang Southern Volunteers Pasir Gudang dan staf MBPG terlibat dalam misi tersebut. Ianya meliputi kawasan perumahan dan kawasan kampung.
Semoga dengan bantuan yang disampaikan ini dapat meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir.