Langkau ke kandungan utama

23 Julai 2024, Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran JSTP telah dilaksanakan di Ballroom Cempaka Jingga, Menara Aqabah.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor. Mesyuarat diadakan bertujuan bagi membuat penyelarasan antara pembantah dan agensi dari beberapa isu yang diperolehi daripada program publisiti dan penyertaan awam yang telah dijalankan terhadap Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Industri Dan Pelabuhan Bandaraya Pasir Gudang dan Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Pinggiran Bandaraya Pasir Gudang. Pindaan laporan kajian akan dilakukan sebelum dibawa ke Mesyuarat SPC bagi tujuan pewartaan. Turut hadir di dalam sesi mesyuarat, Yang Berbahagia, Tpr Saidin Bin Lateh, Pengarah, Plan Malaysia Johor dan Yang Berusaha Puan Nurul Ashikin Binti Haji A Jabar, Setiausaha, Majlis Bandaraya Pasir Gudang merangkap wakil rasmi Datuk Bandar Pasir Gudang.