Langkau ke kandungan utama

29 September 2024, Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pasir Gudang 1446 Hijriah memperlihatkan kemeriahannya dengan penyertaan pertandingan perarakan oleh 35 kontinjen yang terdiri dari Jabatan Kerajaan, Institut Pengajian Tinggi, Sekolah dan Agensi.

Majlis turut mengetengahkan pengisian program seperti ceramah agama “Contohi Taqwa Rasulullah S.A.W” oleh As Sheikh Tuan Haji Mohd Nazri bin Rahman, Kadi Daerah Batu Pahat, Johor dan Persembahan Selawat, Marhaban dan Qasidah oleh Jawatankuasa Masjid Al-Firdaus. Sambutan turut diserikan lagi dengan kehadiran YB Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd Khalid, Exco Agama Islam Negeri Johor dan YB Dato’ Asman Shah bin Abd. Rahman, Datuk Bandar Pasir Gudang.

https://www.mbpg.gov.my/ms/mbpg/pusat-media/galeri/sambutan-maulidur-rasul-peringkat-pasir-gudang-2024