Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru bagi tahun 1446H/2025M telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan keberkatan pada 22 Januari 2025 (Rabu) di Masjid Al-Munawwarah, Taman Kota Masai. Perujian ini menjadi wadah untuk para peserta menonjolkan bakat serta mengukuhkan syiar Islam di kalangan masyarakat setempat.
Dengan kejayaan penganjuran majlis ini, diharapkan agar usaha untuk memartabatkan seni Tilawah Al-Quran dapat diteruskan, sekaligus melahirkan lebih ramai hafiz dan hafizah serta individu yang mencintai dan menghayati kandungan Al-Quran dalam kehidupan mereka.
Sekalung penghargaan kepada Pejabat Daerah Johor Bahru dan Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru yang memilih Pasir Gudang dan Masjid Al-Munawwarah sebagai tuan rumah bagi pertandingan kali ini.