Langkau ke kandungan utama

5 Mei 2025, Majlis perasmian penutupan Pesta Terokai Dunia Buku 2025 telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Nurul Ashikin binti Haji A. Jabar, Setiausaha MBPG merangkap wakil rasmi YB Datuk Bandar Pasir Gudang di Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang pada hari ini.

Beliau turut meluangkan masa melawat reruai pameran dan beramah mesra bersama para peserta serta pengunjung.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Amin bin Ahmad, Ketua Whip Ahli Majlis MBPG, barisan Ahli Majlis, serta Pengarah-pengarah Jabatan MBPG dan juga barisan pendidik dari sekolah-sekolah & IPT.

Semoga penganjuran ini menjadi pemangkin kepada budaya membaca dan kecintaan terhadap ilmu di kalangan masyarakat Pasir Gudang.

PERASMIAN PESTA BUKU PG THUMBNAIL