Langkau ke kandungan utama

9 Jun 2024, Majlis Bandaraya Pasir Gudang melalui Unit Sarang Buaya, Pasir Gudang, Jabatan Kesejahteraan Komuniti dan Pelancongan telah mengadakan Majlis Perasmian Hari Buaya Sedunia 2024.

Majlis dimulakan dengan ucapan dan gimik perasmian memasukkan microchip kepada dua ekor anak buaya yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Nurul Ashikin binti Haji A Jabar, Setiausaha Mbpg merangkap wakil rasmi Datuk Bandar Pasir Gudang. Majlis diteruskan lagi dengan pelepasan anak buaya dan penyerahan cenderahati oleh Unit Sarang Buaya Pasir Gudang kepada Puan Nurul Ashikin binti Haji A Jabar. Turut hadir, Yang Berbahagia, Dato' Haji Mohd Amin bin Ahmad, Ketua Whip Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Dr. Koh Choo Yang, Ketua Pegawai Eksekutif Empire Animal Medical Centre dan Dr. Muhammad Daniel Felix, Dr Panel Veterinar, Majlis Bandaraya Pasir Gudang. MBPG mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini.