Langkau ke kandungan utama

24 Februari 2025, MBPG hari ini telah melancarkan sistem eSTRATA@MBPG yang diadakan di Ballroom Cempaka Jingga, Menara Aqabah.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Nurul Ashikin binti Hj. A. Jabar, Setiausaha MBPG merangkap Timbalan Pesuruhjaya Bangunan, dan dihadiri oleh Dato’ Haji Mohd Amin bin Ahmad, Ketua Whip MBPG, ahli-ahli majlis, ketua-ketua jabatan MBPG dan wakil-wakil daripada Pemaju, Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC).

Pelancaran sistem eSTRATA@MBPG adalah usaha MBPG dalam memperkukuhkan fungsi Pengurusan Strata khusus untuk skim pemajuan strata di bawah pentadbirannya. Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) MBPG telah berjaya membangunkan sistem eSTRATA@MBPG ini yang merupakan satu lonjakan paradigma dalam mendigitalkan perkhidmatan dan memastikan Pengurusan Strata yang lebih sistematik, cekap dan telus.

MBPG merupakan PBT pertama di Johor menggunakan sistem ini yang mana dapat mengintegrasikan komunikasi dan maklumat antara COB dan JMB/MC. Melalui platform digital ini, pemilik petak, pengurusan bangunan dan pihak COB dapat berinteraksi serta mengakses maklumat dengan lebih pantas dan telus.

'Majlis Bandaraya Pasir Gudang Ke Arah Perkhidmatan Digital'

SISTEM STRATA THUMBNAIL