Langkau ke kandungan utama

9 Januari 2025, Majlis Menuai Hasil Program Lestari Hijau Anggota Pekerja Majlis Bandaraya Pasir Gudang telah diadakan bertempat di Tapak Semaian MBPG hari ini. Program ini telah berlangsung sejak 8 Disember 2024 yang lalu bagi penanaman sayur siew pak choy.

Inisiatif Laman Lestari Hijau MBPG adalah usaha MBPG melalui amalan terbaik Bandar Berkarbon Rendah di mana sebuah bandar yang terdiri daripada masyarakat yang menggunakan teknologi hijau secara lestari, melaksanakan amalan hijau dan mengeluarkan karbon secara rendah.

Sebanyak 20 Jabatan/Bahagian/Unit terlibat dalam program ini. Selain itu, 3 Jabatan telah menerima pengiktirafan berdasarkan timbangan terberat hasil tanaman iaitu Jabatan Bangunan sebanyak 2.2 Kg, Jabatan Perancang Bandar sebanyak 2.1 Kg dan Jabatan Kewangan sebanyak 1.7 Kg.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang dengan diiringi oleh Puan Nurul Ashikin binti Haji A.Jabar, Setiausaha MBPG dan Encik Abd Malek bin Mohamed, Timb. Setiausaha MBPG.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat! Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada semua pihak untuk terus mendukung agenda hijau yang bermanfaat untuk masyarakat dan alam sekitar.

MAJLIS TUAI HASIL LAMAN LESTARI MBPG THUMBNAIL