Langkau ke kandungan utama

23 Jun 2024, Yang Berbahagia Tuan Haji Muzaldin bin Mohamed, Pegawai Daerah Johor Bahru mengadakan lawatan tapak ke projek TMIYC Pasir Gudang, Perkampungan Seramik dan Pusat Haiwan Terbiar D’Habitat Pasir Gudang.

Lawatan bertujuan melihat perkembangan pembangunan projek di kawasan-kawasan tersebut. Turut serta dalam sesi lawatan, Puan Nurul Ashikin binti Haji A.Jabar, Setiausaha, Majlis Bandaraya Pasir Gudang serta para pegawai MBPG yang berkaitan.