Langkau ke kandungan utama

21 Julai 2024, Majlis Bandaraya Pasir Gudang menyambut mesra delegasi lawatan dari Pejabat Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Bersama Unit Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Tempatan Pejabat Perdana Menteri. Delegasi lawatan diketuai oleh Yang Berbahagia, Datuk Azman bin Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia.

Yang Berusaha, Tuan Haji Abdul Malek bin Mohamed, Timbalan Setiausaha, MBPG merangkap wakil rasmi Datuk Bandar Pasir Gudang telah mempengerusikan sesi lawatan tersebut. Pembentangan dan perkongsian mengenai projek-projek pembangunan MBPG telah dibentangkan oleh Encik Nur Salihin bin Salahudin, Ketua Jabatan Kejuruteraan. Turut hadir semasa sesi lawatan, Yang Berhormat Cik Liow Cai Tung, Ahli Dewan Undang Negeri kawasan Johor Jaya serta Ketua-ketua Jabatan, Bahagian dan Unit MBPG. MBPG mengucapkan jutaan terima kasih kepada delegasi dari Pejabat Setiausaha Politik Kepada YAB Perdana Menteri Bersama Unit Wilayah Persekutuan Dan Kerajaan Tempatan Pejabat Perdana Menteri di atas kesudian mengadakan lawatan kerja ke MBPG.