29 Julai 2025, MBPG telah menerima lawatan rasmi daripada delegasi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), pada hari ini bagi tujuan lawatan kerja berkaitan amalan terbaik dalam pengurusan sewaan premis PBT dan penjaja di Pasir Gudang.
Delegasi seramai 57 orang ini diketuai oleh Yang Berbahagia Encik Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua WHIP MBMB.
Lawatan ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi pengalaman, strategi, dan pendekatan teknikal dalam memastikan pengurusan amalan terbaik bagi sewaan premis PBT dan tapak penjaja di kawasan masing-masing.
MBPG mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dan pertukaran ilmu antara pihak berkuasa tempatan sebagai usaha memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat.
