Langkau ke kandungan utama

5 Februari 2025, Hari ini Johor Port Berhad telah mengadakan lawatan ke Tapak Semaian dan Pusat Lestari Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bagi mempelajari teknik pembuatan baja kompos landskap dan baja kompos sisa makanan yang boleh dimanfaatkan oleh kakitangan Johor Port Berhad dan syarikat-syarikat yang beroperasi di dalam kawasan Zon Bebas Pelabuhan Johor.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah penghasilan baja organik serta tanah kompos yang mampan, seiring dengan usaha mempromosikan amalan kitar semula bahan organik dan kelestarian alam sekitar.

Diharapkan melalui sesi pembelajaran ini, pihak Johor Port Berhad dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam inisiatif hijau mereka, sekaligus menyokong usaha MBPG dan seruan Kerajaan untuk memperkasakan amalan ESG (Environmental, Social & Governance) ke arah kelestarian dan pembangunan mampan syarikat dan kakitangan.Terima kasih kepada Johor Port Berhad atas kerjasama dan sokongan terhadap program kelestarian ini.

LAWATAN JOHOR PORT THUMBNAIL