18 Julai 2025, MBPG menerima kunjungan seramai 25 orang delegasi dari Majlis Bandaraya Subang Jaya ((MBSJ) dalam sesi lawatan kerja pada hari ini bertempat di Dewan Cempaka, Aras 20, Menara Aqabah.
Delegasi yang diketuai oleh Yang Berbahagia Puan Emilia binti Nasir, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Korporat dan Perhubungan Strategik MBSJ telah disambut oleh Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam MBPG, Yang Berbahagia Encik Mohd Syafiq Hanis bin Hamli.
Lawatan ini memberi ruang kepada pihak delegasi mempelajari dan berkongsi maklumat mengenai pengurusan dan pelaksanaan amalan baik di MBPG. Delegasi turut dibawa melawat Muzium Layang-Layang Pasir Gudang bagi sesi lawatan EKSA.
Semoga jaringan kerjasama antara MBPG dan MBSJ terus diperkukuh ke arah sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan mampan.
