Langkau ke kandungan utama

4 Oktober 2024, YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang telah mengadakan lawatan ke beberapa kawasan di sekitar Pasir Gudang. Kawasan yang telah dilawat meliputi beberapa tempat seperti Dewanraya Masai, Pusat kitar semula Taman Bandar, serta Lorong Seni Masai..

Yang Berhormat Datuk Bandar turut mengambil maklum segala cadangan dan penambahbaikan ketika sesi lawatan dilaksanakan. Lawatan turut disertai ketua-ketua dari Jabatan, Bahagian dan Unit MBPG yang terlibat.