31 Ogos 2026, Semangat patriotisme warga MBPG terus terserlah dalam Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 yang berlangsung di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor.
Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang, turut hadir memberikan sokongan kepada kontinjen MBPG yang tampil penuh bersemangat dalam perbarisan pada pagi ini.
Dengan langkah yang kemas, disiplin yang tinggi serta penampilan penuh warna-warni, kontinjen MBPG berjaya meraih Naib Johan bagi kategori Perbarisan dan Pakaian Terbaik.
Kejayaan ini membuktikan kesungguhan dan komitmen warga MBPG dalam mengangkat semangat patriotisme serta mengharumkan nama Pasir Gudang di pentas sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Johor.
Lebih daripada sekadar sebuah perbarisan, setiap langkah yang disusun membawa bersama semangat kebersamaan, kekitaan dan kecintaan kepada tanah air.
Langkah disusun, semangat disatukan. Pasir Gudang melangkah megah, membawa semangat Malaysia. Tahniah kontinjen MBPG. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69