29 Disember 2024, Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar telah mengadakan kunjung hormat ke Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Kunjungan hormat beliau telah disambut mesra oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang. Kunjungan tersebut antara lain bagi bertukar pandangan dan idea demi penambahbaikan Pihak Berkuasa Tempatan bersama.
Turut serta di dalam sesi kunjung hormat, pengarah-pengarah jabatan Majlis Bandaraya Alor Setar serta pegawai-pegawai Majlis Bandaraya Pasir Gudang.