MBPG melalui syarikat konsesi yang telah dilantik iaitu Safwa Global Venture menjalankan kerja-kerja pembaikan jalan di kawasan pentadbiran MBPG.
MBPG bersama syarikat konsesi sentiasa memantau keadaan jalan di sekitar Pasir Gudang dimana tindakan akan diambil segera jika terdapat aduan dari orang awam.
Pasir Gudang merupakan sebuah Bandaraya Industri dan Pelabuhan dimana sebanyak 3000 buah lori/kenderaan berat melalui jalan-jalan di Pasir Gudang pada satu-satu masa.
Walaubagaimanapun, bagi jalan-jalan yang berlubang tindakan awal akan diambil dengan menampal jalan tersebut sebelum tindakan seterusnya diambil, untuk menurap keseluruhan jalan ianya mengambil masa dan jalan perlu ditutup dan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang akan dihadapi oleh masyarakat di Pasir Gudang. Ianya perlu dilaksanakan secara berperingkat.
MBPG sentiasa peka dengan aduan-aduan dari masyarakat setempat tidak kira aduan datang dari sistem, panggilan secara terus dan melalui media sosial.
MBPG berharap masyarakat di Pasir Gudang sentiasa berhati-hati dan membuat aduan secara terus di SISPAA MBPG untuk tindakan segera dibuat. MBPG melalui syarikat konsesi akan terus membuat pembaikan jalan dari masa ke semasa.
PASIR GUDANG BANDAR RAYA INDUSTRI DAN PELABUHAN