Langkau ke kandungan utama

Majlis Bandaraya Pasir Gudang melalui Jabatan Kesejahteraan Komuniti dan Pelancongan telah menganjurkan Kejohanan Badminton Tertutup Peringkat Pasir Gudang Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2024. Terdapat 3 Kategori yang di pertandingkan iaitu Kategori Regu Lelaki Terbuka, Kategori Regu Campuran Terbuka, dan Kategori Regu Veteran Lelaki Terbuka. Kejohanan ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 13-14 Julai 2024 bertempat di Dewan Serbaguna Taman Mawar Pasir Gudang. Sebanyak 71 Regu bersamaan 131 pemain yang menyertai Kejohanan ini

Keputusan Pemenang dan Hadiah adalah seperti berikut:

 1. Kategori Beregu Campuran Terbuka Johan RM1,000.00 - Jong Chui Phin & Syamsulazhan bin Mohammad Rose

 Naib Johan RM750.00 - Mohammad Nazhif bin Abdul Hamid & Siti Nadia Binti Atan 

Ketiga Bersama - Nur Azeren Binti Azmi & Mohd Azwan bin Abdullah 

Ketiga Bersama - Mohammad Yusry bin Rabu & Nur Wafiyah binti Mohd Nizam 

2. Kategori Beregu Veteran Terbuka Johan RM1,000.00 - Murhafes Mukhazir & Zamri bin Ujang

 Naib Johan RM750.00 - Azlan bin Bachok & Yahya bin Mohd Yusof 

Ketiga Bersama - Chua Kim Choon & Revlon bin Asmara 

Ketiga Bersama - Mohd Dahnial bin Hj Yunasri & Rosmi bin Roslan 

3. Kategori Beregu Lelaki Terbuka Johan RM1,000.00 - Muhammad Ariffin Nazri bin Md Zakaria & Syamsul Azhan bin Mohammad Rose 

Naib Johan RM750.00 - Mohammad Yusry bin Rabu & Muhammad Izzat bin Anuar 

Ketiga Bersama - Mohamad Hikmal bin. Zakaria & Mohd Azwan bin Abdullah 

Ketiga Bersama - Ewan bin Rahmat & Mohd Anuar bin Selamat Riadi

 Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang dengan diiringi oleh Yang Berbahagia Puan Noorhayati binti Sarmoen, Ketua Jabatan Kesejahteraan Komuniti dan Pelancongan Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang dan semua yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Badminton Tertutup Peringkat Pasir Gudang Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2024.