Pada 20-21 Mei 2023 bertempat di Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Sebanyak 1000 peluang pekerjaan ditawarkan oleh 20 majikan yang berdaftar dengan MYFutureJobs di kawasan Pasir Gudang dan juga Johor Bahru dan terdapat 5 agensi iaitu KWSP, PTPTN, Tekun Nasional, Unit Strategik Modal Insan, dan juga PERKESO yang menyertai booth pameran.Seramai 963 pencari kerja yang mendaftar di applikasi MYFutureJobs sepanjang 2 hari karnival berlangsung.
Satu segmen khas iaitu Sesi Bual Bicara Santai Petang oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arshad Pensyarah Kanan Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia telah diadakan dengan dihadiri oleh pelajar-pelajar IPT sekitar Pasir Gudang.
Majlis Perasmian Penutup Karnival Kerjaya MYFutureJobs Pasir Gudang 2023 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Timbalan Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang En. Abdul Malek Bin Mohamed dan bersama Pengarah PERKESO Negeri Johor, Yang Berusaha Encik Tong Sing Chuang dengan simbolik penyampaian sijil tawaran pekerjaan kepada 5 orang yang berjaya dalam sesi temuduga oleh majikan. Selain itu, penyampaian faedah – faedah PERKESO iaitu Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) PERKESO (Orang Bekerja Sendiri), Faedah Pencen Penakat Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK) Akta 4 PERKESO, Faedah Penakat Akta 4 PERKESO, Faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan Faedah Pemulihan Akta 4. Tetamu jemputan juga telah menyertai sesi ’walkabout’ di setiap booth seterusnya menyampaikan sijil penghargaan kepada majikan serta 5 agensi pempamer.
Tahniah diucapkan kepada 116 pencari kerja yang berjaya di dalam sesi temuduga oleh majikan yang menyertai karnival kerjaya MyFutureJobs Pasir Gudang 2023 pada kali ini.