1 JANUARI 2025, Penyerahan Cenderahati Istimewa kepada 30 Pembayar Cukai Terawal oleh YB Dato' Haji Mustaffa Kamal bin Dato' Haji Shamsudin, Datuk Bandar MBPG dengan diiringi oleh Yang Berbahagia Puan Nurul Ashikin binti Haji A. Jabar, Setiausaha MBPG, Yang Berbahagia Encik Abd Malek bin Mohamed, Timbalan Setiausaha MBPG serta puan Sr. Nawal binti Mohd Khudzairi, Ketua Jabatan Penilaian dan Pesuruhjaya Bangunan MBPG.
Warga Pasir Gudang yang menjadi 30 pembayar cukai harta terawal mendapat penghargaan menerima Cenderahati Edisi Terhad MBPG dari Datuk Bandar MBPG sendiri pada pagi ini.
Selain itu, 5000 pembayar cukai terawal juga bakal menerima Cenderahati berupa Beg Kitar Semula Edisi Terhad keluaran MBPG.