Langkau ke kandungan utama

23 Jun 2024, Majlis Bandaraya Pasir Gudang melalui Jabatan Kesejahteraan Komuniti dan Pelancongan telah mengadakan Hari Motivasi Keluarga Komuniti Pasir Gudang bertemakan Keistimewaan itu, Anugerah Terindah bertempat di Ballroom Cempaka Jingga.

Pengisian program melibatkan 3 sesi forum yang berfokuskan :

- Pengupayaan Fizikal dan Mental, Bimbingan Kekeluargaan dan Pendidikan

- Peningkatan Ekonomi, Kesedaran dan Bimbingan Kesihatan, Pendaftaran Kad Oku

- Perkongsian bersama artis jemputan: Azmi Saat (Caliph Busker)

Program telah dirasmikan oleh Puan Nurul Ashikin binti Haji A.Jabar, Setiausaha MBPG merangkap wakil rasmi Datuk Bandar. Panel jemputan terdiri daripada pegawai dari Sektor Pendidikan Khas, Klinik Kesihatan Malaysia, Jabatan Rehabilitasi HSIJB, PERKESO dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Penganjuran program julung kalinya ini sebagai tanda pengiktirafan MBPG terhadap peranan dan sumbangan golongan orang kelainan upaya dalam pembangunan masyarakat setempat. MBPG mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program.