Langkau ke kandungan utama

26 Jun 2025, MBPG berbangga menjadi tuan rumah Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2025 yang berlangsung di Taman Bandar Bukit Layang-Layang, dari 25 hingga 30 Jun 2025.

Majlis Perasmian HLN 2025 telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, dengan keberangkatan Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim yang turut menyerikan majlis. Turut hadir, YAB Menteri Besar Johor, YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco Johor).

Dengan tema “Industri Landskap Pemacu Pembangunan MADANI”, HLN 2025 mengetengahkan kepentingan landskap sebagai elemen penting dalam pembangunan bandar mampan dan kesejahteraan komuniti. Kerjasama antara KPKT melalui Jabatan Landskap Negara dan MBPG menjadikan sambutan tahun ini lebih berimpak dan inklusif.

Sebagai penghargaan kepada pihak yang menyumbang kepada keindahan dan kelestarian landskap negara, beberapa anugerah termasuk Anugerah Rosa Sinensis turut disampaikan.

Rangkaian program menarik diadakan sepanjang sambutan termasuk pertandingan seni mural, pembinaan arca, pameran landskap dan lampu, bengkel, aktiviti komuniti dan banyak lagi memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan masyarakat.

Penganjuran HLN 2025 membuktikan komitmen MBPG dalam menyokong agenda landskap nasional serta menjadikan Pasir Gudang sebagai model bandar hijau yang progresif dan berdaya huni.

PERASMIAN HLN 2025 THUMBNAIL