13 Mac 2025, Hari ini YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang telah berkesempatan menyantuni para peniaga di Bazar Ramadan Jalan Bandar.
Dalam lawatan ini, beliau turut membeli juadah sebagai tanda sokongan kepada peniaga tempatan serta meluangkan masa beramah mesra dengan para pengunjung yang hadir. Selain itu, Datuk Bandar juga berbesar hati mengagihkan makanan kepada para pengunjung sebagai tanda penghargaan dan semangat kebersamaan sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
MBPG berharap inisiatif ini dapat meningkatkan semangat kekitaan serta menggalakkan sokongan terhadap ekonomi tempatan.
MBPG menyeru agar semua pihak memanfaatkan bulan Ramadan ini sebagai peluang untuk memperbanyakkan amalan kebajikan, menjaga kebersihan persekitaran, serta memperkukuhkan ukhuwah sesama masyarakat. Semoga keberkatan Ramadan membawa keharmonian dan kesejahteraan kepada seluruh komuniti Pasir Gudang.
