6 Mac 2025, Warga kerja MBPG telah menghadiri Ceramah Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang diadakan di Ballroom Cempaka Jingga, Aras 3, Menara Aqabah, MBPG hari ini.
Ceramah ini dianjurkan dengan kerjasama Allskills Centre Sdn. Bhd. bagi meningkatkan kesedaran mengenai aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Antara fokus utama yang dikongsikan adalah langkah-langkah pencegahan risiko, kepatuhan terhadap prosedur keselamatan, serta kepentingan menjaga kesihatan bagi memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat dan kondusif.
Semoga ilmu yang diperoleh melalui ceramah ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta dalam usaha mewujudkan budaya kerja yang lebih selamat, sihat, dan produktif di MBPG.
