Langkau ke kandungan utama

15 Julai 2024, Majlis Bandaraya Pasir Gudang melalui Bahagian Undang-Undang bertindak selaku tuan rumah bagi bengkel penyelarasan Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing 2024 yang telah disertai oleh pegawai-pegawai pihak berkuasa tempatan negeri Johor.

Bengkel diadakan untuk membincangkan mengenai penyelarasan Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing bagi tujuan pewartaan dan pemakaian di peringkat Negeri Johor. Bengkel dimulakan dengan perbincangan dan penyemakan perundangan ke atas draf Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing 2024 diikuti dengan perbincangan akhir dan pembentangan setiap kumpulan. Bengkel telah diselaraskan oleh Tuan Nurazam bin Razali, Pegawai Undang-Undang, Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Turut hadir, Tuan Maznizam bin Mohd Sapuan, Presiden Persatuan Pegawai Perundangan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor, Encik Mohamad Zulfadhli bin Tuah, Peguam Kanan Persekutuan selaku wakil rasmi Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Encik Ahmad Azhar bin Ab Hamid, Penolong Setiausaha (Dasar dan Keurusetiaan) Bahagian Kerajaan Tempatan merangkap wakil Pejabat Setiausaha Negeri Johor dan Puan Nurul Syafiqah Binti Mislan, Penolong Pegawai Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor Majlis Bandaraya Pasir Gudang mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawai yang hadir dan memberi kerjasama menjayakan bengkel.