12 November 2024, Majlis Bandaraya Pasir Gudang merupakan satu-satunya Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia yang menerima Anugerah Citra Bahasa Peringkat Kebangsaan pada Majlis Apresiasi Citra DBP di Kuala Lumpur bersama 17 lagi agensi kerajaan seluruh Malaysia.
Pengiktirafan ini diberikan oleh Dewan Bahasa Pustaka Malaysia kepada agensi awam yang mengamalkan penggunaan harian bahasa melayu pada tahap yang tinggi (Aras 5) dalam urusan hariannya. Kriteria penilaian mengambil kira penyediaan dokumen-dokumen rasmi, poster, iklan dan sebagainya termasuk pencapaian penarafan bintang pihak berkuasa tempatan sejak tahun 2013 hingga 2023.
Majlis ini turut meraikan pemenang bagi pertandingan komik jawi, tunas cipta 2021-2022, IKON bahasa 2024 dan hadiah citra bahasa. Anugerah ini telah disempurnakan oleh YBhg SN Dato' Dr. Anwar Ridhwan, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Turut bersama ialah pengarah DBP, YBrs. Dr. Hazami bin Jahari.