Perkhidmatan Kaunter
Majlis Bandaraya Pasir Gudang menyediakan perkhidmatan kaunter kepada pelanggan bagi semua urusan pembayaran yang melibatkan bayaran cukai harta, lesen, sewa, kompaun dan lain-lain bayaran berkaitan perkhidmatan Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Kaunter bayaran ini terletak di Aras 1, Menara Aqabah.
Berikut adalah waktu operasi kaunter bayaran :
HARI | WAKTU URUSAN |
Isnin Hingga Khamis | 8.00 Pagi - 5.00 Petang |
Jumaat | 8.00 Pagi - 12.15 Tgh Hari 2.45 Petang - 5.00 Petang |
Sabtu & Ahad | Cuti |
Kaunter Pandu Lalu
Majlis Bandaraya Pasir Gudang menyediakan perkhidmatan kaunter pandu lalu kepada pelanggan bagi urusan pembayaran yang melibatkan bayaran cukai harta dan sewa.
Berikut adalah waktu operasi kaunter pandu lalu :
HARI | WAKTU URUSAN |
Isnin Hingga Khamis | 8.00 Pagi - 5.00 Petang |
Jumaat | 8.00 Pagi - 12.15 Tgh Hari 2.45 Petang - 5.00 Petang |
Sabtu & Ahad | Cuti |
Kaunter Muafakat
Pembayaran cukai harta dan sewa boleh dibuat di Kaunter Muafakat, UTC Pasir Gudang yang beroperasi setiap hari bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Kios Bayaran
Sebagai kemudahan kepada pelanggan, bayaran cukai harta, sewa dan kompaun juga boleh dibuat melalui kios bayaran yang terletak di lokasi-lokasi berikut:
Sebelah pintu masuk utama pejabat Majlis Bandaraya Pasir Gudang
Aras 3, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang
Terminal Bas Taman Kota Masai
KIP Mart Masai, Taman Bukit Dahlia
Lotus's Bandar Seri Alam
Econsave Taman Scientex
E-bayaran
Pembayaran juga boleh dibuat secara on-line melalui laman web berikut:-
Johorpay (Muat turun di Google Play dan Apps Store)
Alikasi "Snap n Pay" (Muat turun di Google Play dan Apps Store)
Kaunter Ejen
Pelanggan juga boleh membuat pembayaran di kaunter ejen-ejen berikut:-
Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Simpanan Nasional
Pejabat Pos Malaysia