Langkau ke kandungan utama

28 Mei 2024, Majlis Cabutan Bertuah Tahun 2024 ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Ybhg. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman bertempat di Ballroom Cempaka Jingga MBPG. Beliau telah diiringi oleh Ketua Whip MBPG, YBhg. Dato’ Haji Mohd Amin bin Ahmad, Setiausaha MBPG, Puan Nurul Ashikin binti Haji A. Jabar dan Timbalan Setiausaha MBPG, Tuan Haji Abdul Malek bin Mohamed.

MBPG telah menawarkan sejumlah RM 50,000 yang terdiri daripada pelbagai hadiah menarik kepada pemilik pegangan yang telah menjelaskan Cukai harta bagi tahun 2024. Hadiah Utama adalah merupakan sebuah motorsikal Yamaha Y15 . Manakala, tempat Kedua Iphone 15 Pro dan Ketiga adalah basikal MTB Kespor Cyclone NX 29’.